News

12May2014

Rakyat Malaysia Bertuah Banyak WiFi Percuma

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kebanyakan kafe di negara ini menyediakan perkhidmatan WiFi percuma berbanding kebanyakan negara di Eropah.

Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Johary Mustapha berkata, penggunaan WiFi di kebanyakan kafe di negara Eropah mengenakan caj perkhidmatan.

“Perkhidmatan WiFi percuma ini mempromosikan lebih pembangunan dalam industri telefon bimbit kerana pengguna boleh melayari interent, memuat turun lebih kandungan video, aplikasi dan permainan dengan mudah,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Johary menyeru pihak yang menyediakan WiFi percuma supaya mempertingkatkan kemampuan internet masing-masing memandangkan ramai rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar.

Beliau dalam pada itu menyelar kajian oleh Net Index yang menunjukkan Malaysia antara negara mempunyai kadar purata kelajuan internet jalur lebar.

Menurutnya, kajian itu  tidak adil, tidak tepat dan tidak meyakinkan kerana kaedah yang digunakan untuk melakukan ujian tersebut langsung tidak saintifik.

“Sebenarnya tiada cara tepat untuk mengetahui bagaimana pengguna menghubungkan peralatan mereka dengan internet sama ada melalui Ethernet tunggal, berapa ramai menggunakan internet jalur lebar waktu itu atau melalui modem pihak ketika.

“Faktor ini memberi impak yang besar terhadap ketepatan data pemantauan kelajuan internet jalur lebar yang digunakan,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, ujian kelajuan itu dilakukan di sebuah kafe di kawasan sibuk yang mempunyai banyak kemudahan internet di lokasi itu yang menjejaskan ketepatan hasil ujian tersebut.

Source: MYNEWSHUB

Related Stories:
Broadband speed test methods unscientific
Ookla’s ranking on Malaysia’s internet speed is inaccurate and unfair, MMCP says

  • 12 May, 2014
  • marilyn
  • 0 Comments

Share This Story

Categories

Comments