News

25Jul2014

Perkembangan Industri Permainan Elektronik – Berita Ekonomi, Bernama Radio 24

Skrip Berita Ekonomi dari Bernama Radio 24

# Industri permainan elektronik dijangka menjana pendapatan sebanyak 1 bilion dolar Amerika pada 2015.
Presiden Persatuan Penyedia Kandungan Mudah Alih Malaysia, Johary Mustapha dalam satu kenyataan berkata jumlah itu termasuk pendapatan dari negara-negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Johary berkata industri permainan di Malaysia banyak disokong oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (Mdec), yang ditubuhkan untuk memacu pertumbuhan industri tersebut.
Katanya perkembangan teknologi mudah alih turut menyumbang dalam perkembangan industri permainan elektronik melalui penghasilan lebih banyak permainan.

END

Source: Bernama Radio 24
Related Story: http://www.digitalnewsasia.com/mobile-telco/new-challenges-for-mobile-game-developers-says-association

  • 25 Jul, 2014
  • marilyn
  • 0 Comments

Share This Story

Categories

Comments